Refleksi Diri : Minggu 2
Alhamdulillah , tutorial Komputer Dalam Pendidikan berjalan dengan lancar pada minggu kedua walaupun pada mulanya berlaku sedikit kekeliruan mengenai di mana makmal komputer yang hendak kami gunakan . Aktiviti pada minggu ini dimulakan dengan kami dikehendaki menaip nama , nombor matrik , nombor telefon dan alamat emel Gmail kami untuk kegunaan pensyarah kami iaitu Dr Mazalah . Aktiviti seterusnya adalah kami menjawab beberapa soalan untuk borang soal kaji selidik mengenai Komputer Dalam Pendidikan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan kami mengenai komputer . Bagi sesiapa yang belum mempunyai emel Gmail , dikehendaki untuk membuat satu alamat emel Gmail . Saya berasa amat gembira kerana aktiviti kami diteruskan dengan menulis satu emel kepada rakan-rakan yang bertajuk Salam Perkenalan , ianya merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana saya dan rakan-rakan saya dapat berinteraksi antara satu sama lain . Aktiviti kemuncak pada petang ini ialah menghantar emel kepada Dr Mazalah dengan tajuk Tugasan Pertama GGGE1155 .
Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini , terima kasih .