Refleksi Diri : Minggu 8
Pada minggu ini tutorial berjalan seperti biasa . Tutorial dimulakan dengan pembentangan kumpulan satu dengan tajuk Pembelajaran Abad Ke 21 . Melalui pembentangan kumpulan satu , kami mendapat input yang baik mengenai bagaimana rupa pembelajaran pada masa akan datang . Antara isi kandungan pembentangan Pembelajaran Abad Ke 21 dipisahkan ke beberapa aspek iaitu Pelajar , Guru dan Bilik Darjah . Melalui ketiga-tiga aspek ini maklumat mengenai pembelajaran pada masa hadapan dapat kami fahami dengan lebih lanjut dan teliti apa itu pembelajaran pada masa hadapan .
Setelah pembentangan kumpulan satu tamat , kami di minta untuk menjawab beberapa soalan berkaitan dengan tajuk pembentangan Pembelajaran Abad Ke 21 .
Selepas beberapa minit sesi soal jawab berlangsung , kami memulakan tugasan kumpulan dengan mencipta beberapa soalan melalui Google Form berkaitan dengan tajuk pembentangan yang akan kami bentangkan pada minggu hadapan . Soalan ini akan dimuat ke dalam Forum Komputer Dalam Pendidikan yang akan dijawab oleh pelajar Komputer Dalam Pendidikan .
Sekian itu sahaja untuk minggu ini :)